CANTIK
KACAK
BULAT
WARNA
Kata Adjektif juga dikenali sebagai kata sifat iaitu perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata Adjektif boleh dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Contohnya: amat sakit, sakit sungguh, terlalu banyak, banyak sekali, sangat lain, lain sekali. Dalam ayat, kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama.
Jenis Kata Adjektif
1.Kata adjektif sifatan / keadaan
Contoh: baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat,
licin,garang, buas, condong
2. Kata Adjektif Warna
Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu
3. Kata Adjektif Ukuran
Contoh: nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil
4. Kata Adjektif Bentuk
Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok
5. Kata Adjektif Jarak
Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris
6. Kata Adjektif Waktu
Contoh: cepat, lambat, silam, segera, baharu,
7. Kata Adjektif Perasaan
Contoh: sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu
8. Kata Adjektif Cara
Contoh: perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering
9. Kata Adjektif Pancaindera
Contoh: pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau, kelat, masin,

masam, nyaring, gemersik
Untuk lebih memahami akan tajuk ini dan membuatkan pelajar lebih menarik untuk belajar anda boleh tonton video ini,
Di sini saya kongsikan quiz yang menarik untuk aktiviti para guru dan pelajar boleh layari laman web
https://www.proprofs.com/quiz-school/story.php?title=kata-adjektif_1
Rujukan
Shada Abidin. (2014). Nota Kata Adjektif. Dicapai pada 15 Ogos 2019 daripada:
Shada Abidin. (2014). Nota Kata Adjektif. Dicapai pada 15 Ogos 2019 daripada:
Bahasa Melayu-Kata Adjektif. (2015). Dicapai pada 15 Ogos 2019,
daripada https://www.youtube.com/watch? v=EPx_4RAy6vM
Kata Adjektif. (2014). Dicapai pada 16 Ogos 2019 daripada: https://www.youtube.com/watch?
v=RZ4mrv5RIH4
No comments:
Post a Comment