mouse

Pink Hair Girl, Cute

KATA SENDI NAMA




Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.

Antara kata sendi nama yang lazim digunakan digunakan dalam bahasa Melayu :




Kata sendi nama
penggunaan
Contoh ayat


di


Untuk menunjukkan tempat
1. Ibu saya bekerja di sekolah itu.

2. Perlawanan bola  sepak itu diadakan di stadium Terengganu.






ke


Untuk menunjukkan tempat, arah, waktu atau masa.
1. Burung-burung itu terbang ke arah selatan.

2. Ali menunggu temannya di perhentian bas dari pagi ke petang.

3. Mereka mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa.



dari

Untuk menyatakan arah, tempat atau waktu.
1. Anda datang dari mana?

2. Mesyuarat itu diadakan dari pagi hingga petang.




daripada

Digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian dan keanggotaan.
1. Hadiah itu daripada kakak.

2. Seluar ini lebih cantik daripada seluar itu.

3. Bunga itu diperbuat daripada kain.



kepada

Menunjukkan perasaan atau sikap
1. Ali mengirim surat kepada abang.

2. Kasih sayang ibu kepada anak tidak terkira jumlahnya.


pada

Digunakan untuk masa, orang, benda dan binatang.
1. Kita akan sampai pada waktu malam.

2. Saya menyapu marjerin pada roti.


demi

Digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud tujuan.

1.  Demi masa depan, mari kita belajar bersungguh-sugguh.
sejak

Digunakan unutk menyatakan makna bermula atau masa tertentu.

1. Kehidupannya susah sejak kematian ibu bapanya.
oleh

Digunakan selepaskata kerja pasif yang berawalan di- dan ter-.
1. Kasut itu dibeli oleh ayah sebagai hadiah kepada anaknya.

2. Pencuri itu kena tangkap oleh polis.











Untuk lebih memahami mengenai kata sendi nama, boleh rujuk laman web di bawah









RUJUKAN

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa          Dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norhayati Jamal. (2011). Kata Sendi Nama Tahun 4. Dicapai pada 19 Ogos 2019     
       daripada http://norhayatijamal.blogspot.com/2011/12/kata-sendi-nama-tahun-4.html.




No comments:

Post a Comment