mouse

Pink Hair Girl, Cute

KOLEKSI SOALAN


kata Hubung

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

 
1 Guru itu sering dipuji ___________ rajin bekerja.
A atau
B jika
C agar
D kerana
 
2 Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah ___________ baik hati.
A dan
B tetapi
C manakala
D walaupun
 
3 Rumainah bersorak terlalu kuat ___________ suaranya serak.
A hingga
B tatkala
C setelah
D supaya
 
4 Pencuri memasuki rumah itu __________ penghuninya sedang tidur nyenyak.
A agar
B ketika
C hingga
D setelah
 
5 Encik Azmeer akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada minggu
hadapan ___________ bulan hadapan?
A dan
B lalu
C atau
D maka

6 Din mengambil surat itu _________ menyerahkannya kepada Rajoo.
A lalu
B agar
C maka
D kerana
 
7 Charles lulus ujian itu _________ adiknya gagal.
A dan
B serta
C tetapi
D malahan
 
8 Zamzarina berkata-kata __________ merenung wajah temannya.
A kerana
B sambil
C maka
D lalu
 
9 Farzana ______ Mei Hua sangat gembira kerana mereka mendapat keputusanyang cemerlang dalam UPSR.
A dan
B lalu
C tetapi
D walhal


 
10 __________ keluarga Wong tiba, datuknya tiada di rumah.
A Semasa
B Setelah
C Supaya
D Sementara



Kata Adjektif

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Tenaga kerja yang _____ dalam bidang perkilangan dan pembinaan sangat diperlukan pada masa kini.
A arif
B berani
C kuat
D mahir

2  Air mata Zelin menitis apabila terkenangkan peristiwa yang _____ itu.
A  masin
B  masam
C  pahit
D  manis

3 Bapa tidak bersetuju untuk membeli rumah itu kerana dindingnya sudah ______.
A selerak
B pisah
C retak
D cerai

4 Bilik darjah yang _____ itu tidak dapat menampung bilangan murid yang banyak.
A lebar
B ketat
C sempit
D luas

5 Kakak menggoreng keropok ikan itu sehingga _____.
A lemau
B rangup
C segar
D garing

6 “Pengalaman saya masih _____ jika dibandingkan dengan Encik Mohan,” kata pegawai muda itu.
A masak
B matang
C muda
D cetek

7  Jalan itu _______ selepas pukul 4:30 petang.
A lengang
B sibuk
C meriah
D sepi

8. Sup itu _____ kerana emak terlupa membubuh garam.
A payau
B tawar
C pedas
D kelat

9 Pendapat yang dikemukakan oleh Jin Er sungguh _______
A cerdas
B padu
C bernas
D giat

10 Chai Sing melukis satu garisan ____ di atas kertas lukisannya.
A  lurus
B bengkok
C senget



LATIHAN KATA PENJODOH BILANGAN

KATA PENJODOH BILANGAN
Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.
1. Beberapa ________ bunga orkid segar menghiasi ruang tamu rumah Datin Mariam.
A biji   C jambak
B helai D batang

2. Abang Helmi menerima ________ surat daripada sebuah pusat pengajian tinggi di ibu Negara.
A sekeping C sehelai
B sepucuk D senaskah

3. Encik Kamal telah diminta untuk menyampaikan ________ dua kata sempena majlis persaraan beliau.
A sebaris C sepatah
B sebuah D serangkap

4. Emak sempat membeli beberapa ________ paku-pakis di pasar tani untuk dimasak.
A pucuk C batang
C ikat     D cekak

5. Pak Mail menebarkan se________ jala untuk menangkap ikan di sungai berhampiran rumahnya.
A keping C bidang
B kajang D rawan

6. Amirah membawa se________ payung ke sekolah supaya tidak kehujanan.
A kaki C batang
B buah D bentuk

7. Ayah menghadiahi kakak ________ anting-anting emas sempena ulang tahun hari lahir.
A sebentuk C seutas
B sepasang D sebuah

8. ________ lembu sedang meragut rumput di padang.
A sekawan C sekumpulan
B segerombolan D sepasukan

9. Seniman negara terkenal telah diundang untuk membacakan beberapa ________ puisi sempena
sambutan Malam Kemerdekaan.
A cebis C naskhah
B patah D rangkap

10. Pihak berkuasa berjaya memusnahkan dua ________ bom lama yang dijumpai oleh seorang nelayan.
A biji    C buah
             B butir D laras




LATIHAN KATA NAMA KHAS TAK HIDUP
Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1. Pemenang program realiti TV 10 telah menerima sebuah kereta ________ .
A Sony      C Gen 2
B Nokia     D Dell

2. Kes pembunuhan berprofil tinggi itu telah diketuai oleh ________ .
A Mejar Amran          C Inspektor Haris
B Hakim Saljit Singh D Peguam Bala



3. Jam tangan berjenama ________ telah dihadiahi oleh Datuk Kamal kepada kepada anak
kesayangannya.
A Pilot     C Darlie

B Rolex   D Satria

4. Pada hari minggu ayah membawa kami ke ________ untuk membeli belah.
A Pasar Raya Tesco C Hotel Perdana
B Stesen KLIA         D Bangunan Petronas

5. Khazanah purba negara banyak tersimpan di ________ .
A Masjid Negara C Taman Negara
B Zoo Negara      D Muzium Negara





LATIHAN KATA NAMA AM KONKRIT






Untuk mendapatkan koleksi soalan yang lain, anda  boleh rujuk laman web


https://www.bumigemilang.com/modul-tatabahasa-bahasa-melayu-upsr-jawapan/
http://tamanceriabelajar.forumotion.net/f19-latihan-bm-tahun-4
http://sadahanadollah.blogspot.com/2011/12/latihan-kata-penjodoh-bilangan.html
http://sadahanadollah.blogspot.com/2011/12/latihan-kata-nama-khas.html



No comments:

Post a Comment